Wednesday 16 November 2011

Maksud kreativiti

Pemikiran kreatif sudah lama dibincangkan dan dibahaskan secara ilmiah. Sering kali terdapat perbezaan tanggapan pada pengertian ‘kreatif’ itu. Namun begitu, hal ini adalah perkara biasa dalam dunia akademik kerana masing-masing merupakan tokoh akademik, penyelidik, sarjana dan dapat mengemukakan konsep yang asli berdasarkan pemerhatian, pengalaman, kajian dan latar disiplin ilmu yang mereka miliki. Menurut kamus Webster’s (1976) pemikiran kreatif ialah, “The ability to bring something new existence”. Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. Apabila direnung dan difikirkan secara mendalam, dapatkah manusia yang mempunyai sifat yang lemah mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali, iaitu daripada ‘tiada’ kepada
‘ada’. Definisi ini seolah-olah melambangkan suatu tingkah laku dan
pemikiran manusia yang hebat, dapat melakukan apa saja yang diinginkan. Malah, dalam keadaan kritikal sekalipun, manusia masih dapat membuktikan kemampuannya menyelesaikan sesuatu masalah. Maka, dapatlah disimpulkan definisi ini terlalu ekstrem bagi menggambarkan kemampuan dan kebolehan manusia berkreativiti.
Ramai sarjana yang berpendapat, tidak mungkin seseorang itu dapat
menghasilkan sesuatu yang tidak pernah wujud sebelumnya, kerana ia
memperlihatkan kemampuan manusia mencipta ‘sesuatu daripada tiada kepada ada.’ Sekali imbas, definisi kreatif seperti ini seolah-olah menyanggah kekuasaan dan hak Tuhan. Tidak mungkin seorang manusia yang lemah dan serba kekurangan dapat menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Menurut John (2002); “Only God could create, and whatever he created was original. Man could only rearrange what God had created.”
Namun yang pasti menurut de Bono (1970), kreativiti itu memang berlaku tanpa disedari oleh manusia itu sendiri. Lantaran itu, sehingga kini terdapat ribuan maksud berkenaan pemikiran kreatif dan kesemuanya dapat disimpulkan sebagai berikut (Hassan, 1989) dan (Nik Azis, 1994); “Terminologi kreatif berasal daripada perkataan Latin ‘creare’ yang bermaksud ‘membuat’ (to make). Manakala dalam bahasa Greek pula, ‘Krainein’ yang membawa makna ‘memenuhi’. Dalam bahasa Inggeris ‘create’ atau ‘cipta’ dalam bahasa Melayu.”
Bagaimanapun, konsep kreatif dan kreativiti amat luas dan tidak rigid
berdasarkan ruang, tempat dan masa. Malah, konsep kreativiti boleh
dilihat dalam pelbagai sudut berdasarkan latar belakang seseorang seperti ahli agama, peguam, jurutera, doktor, pemandu bas, ahli akademik, ahli politik dan sebagainya. Malah menurut Leong (2000), sesetengah sarjana yang liberal mentafsirkan; “People who copy concepts and ideas,” sebagai memenuhi ciri-ciri kreatif. Ringkasnya, istilah kreatif dan kreativiti digunakan bagi menggambarkan produk sosial yang dihasilkan. Berdasarkan konsep kreativiti secara umum, dapat disimpulkan konsep pemikiran kreatif berkisar kepada entiti berikut:
1. Melakukan sesuatu dengan cara yang unik.
2. Seseorang itu dapat keluar daripada pola yang sama atau the pattern
of sameness.
3. Berfikir di luar kotak atau thinking outside of the box.
4. Melihat sesuatu daripada perspektif baru.
5. Menggabungkan idea yang sedia ada kepada pembentukan idea baru.
6. Membuka minda dengan idea-idea baru.
7. Mencabar andaian.
8. Mencipta sesuatu yang baru.
9. Menghubungkan idea yang tidak berkaitan.
10. Menerbitkan idea besar kepada idea-idea kecil.
11. Berfikir secara fleksibel.
12. Penghasilan idea, penyelesaian, konsep dan produk yang asli (novel).
13. Membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi.
Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menerbitkan idea iaitu
berlawanan dengan pemikiran kritis yang membuat penilaian ke atas sesuatu idea. Idea yang diterbitkan bersifat baru dan kadang-kadang berlawanan dengan logik. Namun, pemikiran kreatif mestilah berasaskan manipulasi segala pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Menerusi pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya, seseorang itu akan berusaha mencari pelbagai input idea dalam pelbagai perspektif dan dimensi bagi mewujudkan idea atau hasil yang baru yang lebih baik daripada sebelumnya dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Keadaan ini dijelaskan oleh Rikards (1990) sebagai, “Creativity involves escaping from stuckness and opening up possibilities.”
Maksud kreativiti dalam seni visual pula lebih kepada sesuatu teknik yang merujuk kepada penglibatan dalam mnghasilkan pelbagai kualiti kerja yamg baru.Kegiatan seni visual tersebut boleh menimbulkan sesuatu perasaan pada sesuatu yang dihasilkan.Kreativiti juga boleeh digunakan eksprerimen teknik,media baru atau kaedah baru dalam penghasilan seni visual
Samson dan Vernon mengatakaKreativiti adalah suatu misteri yang merupakan suatu fenomena semulajadi.
Guilford mengatakan Kreativiti sebagai satu komponen penting dalam semua kegiatan intelektual dan ia merupakan suatu kebolehan untuk melahirkan idea-idea atau kebolehan untuk melahirkan banyak idea berkaitan dengan penyelesaian atau penanganan sesuatu masalah.
Gowen (1972) pula mengatakan Kreativiti merupakan teori-teori peribadi dan persekitaran yang relatif dengan amalan pengasuhan anak
Kreativiti boleh didefinisikan dengan melihat kepada empat jenis:
i. Bentuk ciri-ciri individu
ii. Tingkahlaku untuk mencapai kreativiti
iii. Hasil yang diperolehi daripada proses
iv. Keadaan persekitaran yang sesuai untuk kegiatan kreatif
Difinisi kreatif mengikut kamus ialah Individu yang kreatif adalah mereka yang mampu menjana pemikiran untuk mencipta barang atau perkhidmatan baru atau melaksanakan idea baru yang masih belum dicuba oleh orang lain
Kesimpulan yang dapat dibuat ialah Kreatif bermaksud kebolehan atau kemampuan mencipta dan menyatukan idea secara unik atau membuat sesuatu yang baru.

Friday 11 November 2011

kepentingan kreativiti dalam pengajaran PSV

Ruang Lingkup kreativiti 
Kreativiti mempunyai ruang lingkup yang sangat luas seperti dalam pengkaryaan ,pemingkiran, dan pelbagai lagi.Bila bercakap tentang kretiviti kita semua tahu apa itu kretiviti.Kreativi ialah sesuatu yang asli dan berdaya cipta untuk menghasilkan karya yang baru.
Di sini saya mahu bercerita tentang kretiviti dalam ruang lingkup pemikiran .Kita semua sudah maklum yang setiap manusia itu mempunyai pemikiran kreatif.Cuma kita sahaja yang perlu bijak menggunakannya.Tapi kadang-kadang manusia tidak sedar yang mereka sememangnya kreatif.Sebabkan mereka kreatiflah mereka sering mencipta beribu alasan untuk membela diri sekiranya mereka melakukan kesalahan.
Apa itu pemikiran?Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami
Terdapat beberapa teori daripada pengkaji pemikiran yang mengatakan sememangnya dalam
diri setiap individu mempunyai pemikiran kreatif. Pemikiran kreatif merupakan pemikiran yang kita lakukan setiap hari seperti pemikiran jenis lain juga.
Kita sering tertanya-tanya apakah perbezaan pemikiran kreatif dengan pemikiran yang lain itu? Abdullah dan Ainon mengatakan pemikiran kreatif ditandai oleh keupayaan melihat sesuatu daripada pelbagai sudut. Gaya pemikiran kreatif menghasilkan pelbagai kaedah atau cara untuk melakukan sesuatu.


Pemikiran kreatif mempunyai pelbagi ialah untuk matlamat.Disini terdapat beberapa matlamat menggunakan gaya pemikiran kreatif menghasilkan pelbagai persepsi, konsep, idea, cara menyelesaikan masalah, cara meleraikan konflik, rekacipta, strategi dan taktik, prosedur kerja, teori, hipotesis, peraturan, hasil perundingan dan sebagainya.

Apabila kita berfikir secara kritif pelbagai perkara yang ditimbulkan dan menjadi persoalan.Contohnya ialah:kita perlukan idea baru! ada atau tidak cara yang lain?cuba cari kaedah yang lebih mudah.ada atau tidak cara lain untuk menerangkan perkara ini?tolong fikirkan kemungkinan lain?kita tidak mahu lagi cara penyelesaian yang lama ,cara ini belum dicuba lagi,tentu ada cara lain,cari sumber yang baru dan pelbagai lagi.
Persoalan demi persoalan inilah yang menjadikan sesuatu yang ingin dihasilkan itu menjadi lebih baik dan berkualiti tinggi tidak kiralah dalam ruang lingkup apa sekalipun.

Sunday 6 November 2011

Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual mengenai Kreativiti


1. E. Paul Torrance (Tersohor dalam bidang/kajian kreativiti)Beliau mencadangkan Ujian IQ bukanlah satu-satunya cara mengukur daya intelektual seseorang. Beliau memperkenalkan instrumen untuk menguji tahap kreativiti sesseorang menggunakan “Torrence Test of Creative Thinking”.

2. June King McFee, mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru/mampu mengolah idea baru/lain yang lebih bermakna. Seni tidak terhad kepada hasil karya seni sahaja tetapi juga melibatkan pengalaman estetika.Seni ialah satu bentuk komunikasi yang dipengaruhi oleh konteks budaya.